MRT Corp Anugerahkan Kontrak Sivil Utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium

MRT Corp Anugerahkan Kontrak Sivil Utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd bernilai RM8.31 bilion.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata CMC bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara itu akan menghubungkan Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang-A (PSR-A) ke KOMTAR dengan panjang jajaran kira-kira 24 kilometer.

“SRS Consortium memiliki pengalaman dan kepakaran yang mendalam dalam projek ini, terutama kerana penglibatan mereka sejak peringkat awal, termasuk kajian teknikal dan usaha mendapatkan kelulusan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas majlis pemeteraian perjanjian tersebut hari ini.

SRS Consortium terdiri daripada Gamuda Bhd yang mengetuai konsortium ini, bersama Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd, yang juga terlibat sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk Penang Transport Master Plan (PTMP).

Rundingan perolehan antara MRT Corp dan SRS Consortium telah dijalankan dengan teliti dan menyeluruh sejak April 2024, menurut Loke.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This