Mufti Pulau Pinang Kecam Tarian Separuh Bogel di Batu Ferringhi, Minta Tindakan Tegas

Mufti Pulau Pinang Kecam Tarian Separuh Bogel di Batu Ferringhi, Minta Tindakan Tegas

GEORGE TOWN, 17 April 2025 — Insiden beberapa wanita menari separuh bogel dalam sebuah acara sambutan Songkran di Batu Ferringhi mendapat kecaman keras daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, yang menegaskan perbuatan itu mencemarkan imej kawasan tersebut serta menyinggung sensitiviti masyarakat.

Menurut beliau, tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa berdasarkan undang-undang sedia ada, selain menyeru pengurusan lokasi pelancongan agar memperketat garis panduan penganjuran acara.

Acara itu dilaporkan berlangsung di tingkat atas sebuah premis makanan dan minuman, kira-kira 50 meter dari Masjid Jamek Ar-Rahman, sekali gus mengundang reaksi marah daripada komuniti tempatan. Pengerusi kariah masjid, Ismail Din, menyifatkan ia sebagai “perbuatan maksiat yang tidak boleh diterima.”

Polis mengesahkan tiada permit hiburan dikeluarkan bagi acara yang berlangsung selama dua hari tersebut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )