Muhyiddin akan pantau sendiri hal ehwal Bumiputera

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menyelia sendiri hal ehwal berkaitan Bumiputera.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada satu daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera I 1965-2020 (KEB I 1965-2020) yang berlangsung semalam.

“Saya sendiri secara peri-badi dan kerajaan umumnya akan meneliti dokumen ini secara terperinci untuk tindakan susulan. Saya bagi jaminan apa sahaja yang diresolusi akan kita perhalusi dan laksanakan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup KEB 1 1965-2020 di Wisma Majlis Perundi-ngan Melayu (MPM) di sini semalam.

Resolusi kongres ber-kenaan antaranya mengangkat MARA dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) sebagai agensi ulung untuk diletakkan di Jabatan Perdana Menteri dengan Perdana Menteri sebagai menterinya.

Muhyiddin berkata kerajaan Perikatan Nasional amat komited terhadap pelaksanaan agenda Bumiputera khususnya dalam memperkasa modal insan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Perdana Menteri berkata meskipun pelbagai kejayaan telah dicapai oleh bumiputera di Malaysia, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.

Beliau berkata Bumiputera merupakan kaum yang pa-ling miskin dengan insiden kemiskinan mutlak tertinggi iaitu 7.2 peratus berbanding kaum Cina (1.4 peratus) dan India (4.8 peratus) pada 2019.

Selain itu, Muhyiddin berkata dari segi jurang pendapatan, perbezaan pendapatan purata di antara Bumiputera dan Cina ialah sebanyak RM2,802, iaitu empat kali lebih tinggi berbanding pada 1989.

“Kedua-dua indikator yang saya sebutkan ini memberikan gambaran bahawa kaum bumiputera masih lagi ketinggalan berbanding kaum lain walaupun pelbagai usaha telah dibuat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia sejaknya bermulanya Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.

Muhyiddin berkata usaha membangunkan agenda bumiputera kini diteruskan di bawah aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) untuk menangani ketidaksaksamaan, menstruk-tur ekonomi dan membina negara Malaysia bagi menghadapi era lebih mencabar dalam tempoh 10 tahun akan datang.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )