Muhyiddin masih PM sehingga kepercayaan majoriti ditentukan di Parlimen – Peguam Negara

Muhyiddin masih PM sehingga kepercayaan majoriti ditentukan di Parlimen – Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan media menyatakan buat masa ini Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Oleh itu, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.”

Beliau mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 7 Julai 2021, yang merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2)

 

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )