Muhyiddin pengerusikan mesyuarat j/kuasa Bersatu PRK Parlimen Tg Piai

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat j/kuasa Bersatu PRK Parlimen Tg Piai

PONTIAN,. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersatu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Eco Rambah, di sini.

Mesyuarat sebagai persediaan gerak kerja Bersatu dalam menghadapi PRK Parlimen Tanjung Piai, 16 Nov ini, turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Pengarah Jentera PH bagi pilihanraya berkenaan.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi PH Johor tiba di bilik gerakan pada pukul 9.30 malam dan disambut barisan kepimpinan Bersatu Johor.

Antara yang hadir pada mesyuarat berkenaan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang, Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai Karmaine Sardini dan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam Datuk Osman Sapian.

PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)