Muhyiddin tinjau Masjid Haji Muhammad Yassin di Pagoh

Muhyiddin tinjau Masjid Haji Muhammad Yassin di Pagoh

MUAR,. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam meninjau Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh di sini.

Dalam lawatan kira-kira 40 minit itu, Muhyiddin, diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal, yang juga bekas Menteri Besar Johor.

Masjid dengan kos RM39.8 juta di atas tanah berkeluasan 4.73 hektar itu dibina bersempena nama bapa Muhyiddin yang juga guru agama terkenal di daerah Muar iaitu Allahyarham Muhammad Yassin Mohamad.


Menurut wakil pengarah projek Masjid Haji Muhammad Yassin, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Alias Mohd Zin, masjid baharu yang boleh memuatkan kira-kira 3,500 jemaah itu mula dibina pada 4 April 2016 dan dijangka siap sepenuh September ini.

Alias berkata masjid berkenaan dijangka dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, September ini.

Pelbagai kemudahan disediakan di masjid tersebut termasuk Laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak. — Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)