MYTID platform lahirkan atlet muda – Radzi Jidin

KUALA LUMPUR : Pelancaran Program Pencarian dan Pembangunan Bakat (MYTID) merupakan inisiatif kerajaan dalam mencungkil bakat murid dalam arena sukan. Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, usaha itu adalah pendekatan terbaharu kementeriannya melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya yakin Kementerian Pendidikan (KPM) akan dapat mencungkil lebih ramai murid yang berbakat dalam bidang sukan dan dapat dilatih sebaiknya untuk menjadi atlet berprestasi tinggi suatu hari nanti,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.

Mengulas lanjut, katanya platform berkenaan akan mengenal pasti bakat murid di peringkat awal dan digilap seawal usia tujuh tahun. Ujarnya lagi, MYTID dilihat berpotensi untuk melahirkan atlet berusia muda yang mampu bersaing di pentas antarabangsa kelak.

MYTID dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara, hari ini.

-ARK

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )