Nadal tak beraksi tenis Terbuka AS

Nadal tak beraksi tenis Terbuka AS

NEW YORK,. Penyandang juara, Rafael Nadal berkata beliau tidak akan beraksi pada kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang dengan penularan coronavirus selain membidas jadual tenis yang dianggapnya ‘kejam’.

“Selepas membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk tidak bermain pada Terbuka AS,” katanya menerusi akaun Twitter

“Situasi di seluruh dunia begitu rumit dengan kes COVID-19 terus meningkat. Ia menunjukkan kita masih tidak dapat mengawal penularannya,”.

Pemain Sepanyol berusia 34 tahun itu turut mensasarkan jadual tenis.

“Kita tahu mengurangkan jadual kalendar tenis tahun ini sebagai kejam selepas empat bulan dihentikan tanpa sebarang perlawanan…,” kata Nadal.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )