Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong

Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong

NEW YORK: Senaskhah salinan komik sulung Marvel telah terjual semula pada harga AS$2.4 juta (RM10.06 juta) dalam satu acara lelongan dalam talian pada Jumaat.

Dikenali sebagai salinan berbayar Marvel Comics #1, naskhah itu merupakan salah satu daripada tiga yang paling utama dalam dunia pengumpulan komik, kata Ketua Pegawai Operasi ComicConnect, Vincent Zurzolo.

AP melaporkan, badan lelongan berpangkalan di New York itu telah menjual komik berkenaan pada Khamis malam pada harga AS$2,427,800.

Nama pembida yang berjaya itu tidak didedahkan. Individu tersebut disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem, yang turut mengumpulkan barangan lain.

Diterbitkan pada tahun 1939, Marvel Comics #1 memperkenalkan watak termasuk Sub-Mariner, dan Human Torch yang asal, sebelum ia kemudiannya berkekmbang menjadi anggota Fantastic Four.

Kewujudan komik itu dikatakan sebagai permulaan Marvel dalam meneroka prospek perkembangan penvceritaan menerusi komik, filem, program televisyen dan permainan video.

Salinan khas yang masih dalam keadaan baik itu amat ‘diburu’ peminatnya, kerana ia memaparkan nota penerbit yang merekodkan bayaran asal untuk kesemua penulis dan pelukisnya. Sebagai contoh, Frank R. Paul mendapat bayaran sejumlah AS$25 atas lukisan muka depan buku komik itu, yang kini sudah melonjak nilainya hampir 100,000 kali ganda.

“Sangat penting untuk menyelami dunia pembikinannya dan mengetahui tentang kisah di balik tabir sebuah syarikat penerbitan komik,” kata Zurzolo.

Dunia Marvel seterusny memperkenalkan watak adiwira seperti Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Avengers, Iron Man, Daredevil dan Hulk.

“Tanpa penghasilan komik ini, siapa tahu? Mungkin semua itu tidak berlaku. Mungkin kerana nama komik Marvel sangat dekat dalam masyarakat, maka dari aspek tertentu, kewujudannya membuka kepada pelbagai perkara lain,” ujarnya.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )