Nelayan menjala ikan temui Mayat  di Sungai Linggi

Nelayan menjala ikan temui Mayat di Sungai Linggi

SEREMBAN,. Seorang nelayan penjala ikan di sungai linggi menemui Mayat dipercayai seorang lelaki terapung di kawasan Sungai tersebut berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu pada 2 petang daripada lelaki berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan.

“Kita percaya lelaki yang hanya memakai seluar jean itu meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang mereput dan berbau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemeriksaan menemukan tatu pada tangan kiri dan kanan lelaki itu, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya.

Menurut Mohamad Hatta, mayat berkenaan berkemungkinan hanyut dari Sungai Ulu Bendul dan sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

—Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )