NGO gesa hentikan gangguan seksual, lindungi kanak-kanak di sekolah

NGO gesa hentikan gangguan seksual, lindungi kanak-kanak di sekolah

KUALA LUMPUR,. ENGENDER Consultancy, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Pendidikan agar menangani isu berkaitan gangguan seksual dan melindungi kanak-kanak di sekolah.

NGO itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua sekolah diminta untuk menerapkan dan menerbitkan prosedur menangani rungutan yang menyediakan penyelesaian segera dan adil terhadap aduan gangguan seksual.
backup_ads
“Ini perlu mengambil kira suara pelajar; apabila pelajar menimbulkan ketakutan atau kebimbangan, sekolah harus memberi perhatian dan bertindak balas bagi memastikan perlindungan dan kesejahteraan mereka (pelajar).

“Sekolah juga harus bertanggungjawab atas segala persekitaran permusuhan yang wujud, termasuk oleh kakitangannya sendiri.
“Gangguan berdasarkan gender di sekolah perlu dihentikan segera,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini seperti pemeriksaan haid di sekolah dan pelajar sekolah menengah mendakwa seorang guru membuat gurauan tentang rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan.

Jelasnya, kejadian terbaharu itu menyebabkan pelajar terbabit menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, menunjukkan kelemahan sistemik terhadap sensitiviti gender di persekitaran sekolah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)