Ni Hsin lantik GCR sebagai pembekal serbuk kopi

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Ni Hsin Resources Bhd telah melantik Global Coffee Resources Sdn Bhd (GCR) sebagai pembekal serbuk kopi dan penyedia bantuan teknikal dalam membangunkan resipi minuman untuk perniagaan makanan serta minuman.

Anak syarikat milik penuh Ni Hsin, Ni Hsin Food & Beverages Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian pembekalan dan bantuan teknikal dengan GCR.

“Perjanjian itu bertujuan memudahkan kepelbagaian perniagaan makanan serta minuman yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa syarikat yang diadakan pada 18 Nov 2020,” kata Ni Hsin dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Perjanjian itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil kumpulan bagi tahun kewangan 2021 sehingga tahun kewangan 2023.

GCR adalah pengeluar produk berkaitan kopi, pemborong, peruncit dan pengimport kopi, teh, coklat, produk tenusu termasuk minuman lain.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )