Niaga hadapan emas rendah dalam sesi awal dagangan

Niaga hadapan emas rendah dalam sesi awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pagi ini dengan satu bulan kontrak diniagakan, kata seorang peniaga.

Pada 9.30 pagi, kontrak April 2020 turun 236 mata kepada RM199.00 segram.

Sementara itu, kontrak September 2019, Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019 tidak diniagakan masing-masing berada pada RM207.30, RM208.00, RM207.40 dan RM207.70 segram.

Jumlah dagangan berjumlah satu lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 114 kontrak.

Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal turun RM2.60 kepada RM193.08 segram daripada RM195.68 segram pada Jumaat minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti umum sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )