Niaga hadapan KLCI dibuka rendah

Niaga hadapan KLCI dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada 9.17 pagi, kontrak bulan semerta baharu Februari 2020 turun 11.5 mata kepada 1,522.00, Mac 2020 susut 13.0 mata kepada 1,517.00, Jun 2020 berkurangan 14.5 mata kepada 1,515.50 dan September 2020 jatuh 16.0 mata kepada 1,514.00.

Jumlah dagangan berjumlah 1,852 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 33,193 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 10.43 mata kepada 1,520.63 selepas 17 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )