Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pagi ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai yang positif.

Pada 9.23 pagi, bulan semerta Oktober 2019 meningkat 6.5 mata kepada 1,583.5, manakala November 2019, Disember 2019 dan Mac 2020, masing-masing naik 4.0 mata kepada 1,585.5, 1587.5 dan 1,586.

Jumlah dagangan sebanyak 2,025 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 49,753 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 1.73 mata kepada 1,581.73 selepas 30 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)