Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Pada penutup, Indeks Perladangan di Bursa Malaysia melonjak 405.60 mata kepada 5,937.63.

Pemilik dan pengasas bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata peningkatan hari ini selari dengan kenaikan di pasaran ekuiti Asia dan peningkatan di pasaran niaga hadapan Amerika Syarikat.

“Unjuran pasaran luaran yang positif telah membantu meningkatkan niaga hadapan minyak sawit tempatan walaupun asas negatif pada data eksport lebih rendah yang dikeluarkan oleh penyelidik kargo hari ini,” katanya kepada Bernama.

Penyelidik kargo Intertek Testing Services melaporkan bahawa ekspore minyak sawit Malaysia pada tempoh 1 hingga 20 Mac jatuh 21.15 peratus kepada 644,421 tan metrik daripada 817,314 tan metrik pada tempoh yang sama pada Februari 2020.

Dalam pada itu, penyelidik kargo Amspec Malaysia berkata bahawa eksport pada tempoh 1 hingga 20 Mac turun 20.16 peratus kepada 654,440 tan metrik daripada 810,653 tan metrik pada tempoh yang sama pada Februari 2020.

Pada penutup, kontrak bulan semerta baharu April 2020 naik RM67 kepada RM2,338 setan metrik, Mei 2020 melonjak RM75 kepada RM2,311 setan metrik, Jun 2020 bertambah RM72 kepada RM2,288 setan metrik, dan Julai 2020 naik RM79 kepada RM2,281 setan metrik.

Jumlah dagangan bertambah kepada 79,938 lot daripada 78,562 lot pada Khamis dan kepentingan terbuka turun kepada 303,338 kontrak daripada 304,001 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, April Selatan naik RM100 kepada RM2,380 setan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )