Nikmati tawaran Lazada Beli 1 Dapat 2 pada 12.12

Nikmati tawaran Lazada Beli 1 Dapat 2 pada 12.12

KUALA LUMPUR,. Lazada, platform e-Dagang terkemuka di Malaysia, akan mensubsidi pembelian pelanggannya sempena perayaan Krismas dan membantu komuniti tempatan dengan pelbagai inisiatif menerusi platform bantuan digitalnya semasa Jualan Besar Akhir Tahun pada 12.12.

Para pembeli akan mendapat keriangan berganda apabila membuat pembelian menerusi tawaran ‘Beli 1, Dapat 2’ 12.12 bersubsidi oleh Lazada dengan diskaun sehingga 90 peratus dan jaminan pulangan wang 12 kali ganda yang ditawarkan bagi memastikan mereka mendapat tawaran terbaik pada musim perayaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Leo Chow berkata Jualan Besar Akhir Tahun Lazada bertujuan membantu komuniti tempatan dan pada masa sama memberikan keseronokan kepada pelanggan dengan tawaran bersubsidi agar mereka mendapat nilai terbaik untuk wang mereka pada masa-masa yang mencabar ini.

“Kami tahu pelanggan akan mencari hadiah yang sesuai untuk orang tersayang dan pada 12.12 ini, mereka boleh menikmati pelbagai produk dengan jaminan pulangan wang 12 kali ganda selain jaminan harga terendah bagi memenuhi keperluan pembelian Krismas mereka serta mendapatkan nilai terbaik untuk wang mereka,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pembeli boleh menikmati tawaran bersubsidi Beli 1, Dapat 2 daripada Lazada yang membabitkan beratus-ratus produk untuk berkongsi semangat Krismas dengan ahli keluarga dan rakan taulan.

Mulai 5 Dis ini, para pelanggan boleh ke laman Tawaran Bersubsidi 12.12 daripada Lazada dan jualan kilat di laman utama Lazada untuk meneroka tawaran hebat daripada jenama seperti L’Oreal, Xiaomi, Tealive, Clinique dan Vinnfier serta banyak lagi.

Jaminan pulangan wang 11 kali ganda Lazada pertama kali diperkenalkan pada jualan 11.11 baru-baru ini dan akan diteruskan pada 12.12 dengan meningkatkan jumlah pulangan wang kepada 12 kali ganda untuk memberikan jaminan kepada pembeli bahawa mereka hanya akan mendapat tawaran terbaik dengan harga terendah yang dijamin pada musim perayaan ini.

Dengan lebih tiga juta produk pada kempen 12.12 daripada jenama antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90 peratus, para pelanggan mempunyai banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan di platform itu pada Disember ini.

Selain itu, Lazada menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan Krismas dengan petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi COVID-19 dan komuniti kurang berkemampuan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik itu dengan mengumpul derma menerusi platform bantuan digital LazadaForGood bagi pertubuhan bukan kerajaan seperti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Zoo Negara, Hospis Malaysia serta banyak lagi.

Rakyat Malaysia boleh memilih untuk menderma mulai sekarang hingga 12 Dis dan berpeluang untuk memenangi ganjaran kejutan bersubsidi Lazada yang akan dipaparkan di laman media sosial Lazada Malaysia tidak lama lagi.

Dengan lebih penjimatan sepanjang program shoppertainment dan permainan yang unik, Lazada akan memberikan hiburan berterusan kepada pembeli sambil mereka berbelanja, Ketua Pegawai Diskaun (CDO) Ain Edruce akan memotong lebih banyak harga semasa distrim secara langsung pada 11 Dis mulai 9 hingga 11 malam di aplikasi Lazada dan ditayangkan secara serentak di TV3.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )