Noripah tamat khidmat sebagai Pengerusi Bank Rakyat

Noripah tamat khidmat sebagai Pengerusi Bank Rakyat

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat hari ini mengumumkan penamatan perkhidmatan Datuk Kamso sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain di bank berkenaan termasuk Pengerusi Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Bank itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Noripah yang telah berkhidmat bersama Bank Rakyat sejak 11 Disember 2018.

“Kami menghargai jasa dan khidmat yang diberikan Noripah terutamanya dalam mengemudi perancangan dan memimpin agenda kelestarian Bank Rakyat serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan beliau,” kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan.

Bank Rakyat juga optimis bahawa meskipun terdapat perubahan dalam kepimpinan kumpulan perbankan itu, segala operasi dan hala tuju yang telah direncana akan diteruskan seperti biasa bagi meneruskan legasi kecemerlangannya.

Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik saja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )