NortonLifeLock Sediakan Kemudahan Pemantauan Web Tertutup di Malaysia

Kuala Lumpur, 20 Disember 2021 – NortonLifeLock, pemimpin global dalam Keselamatan Siber pengguna, baru-baru ini mengumumkan pelancaran kemudahan Pemantauan Web Tertutup (Dark Web Monitoring) di Malaysia. Disediakan dalam beberapa pelan tertentu Norton™ 360, ciri baharu ini meronda web tertutup dan memberi amaran kepada pengguna tentang potensi ancaman kepada identiti mereka, jika dikesan.

Web tertutup adalah sebahagian kecil daripada web di mana kerahsiaan diutamakan dan aktiviti yang diragui berleluasa. Kalau dulu dua individu mungkin bertemu di sebuah lorong gelap untuk membayar wang tunai bagi mendapatkan barangan haram,  pada hari ini penjenayah siber boleh bertemu secara maya tanpa mendedahkan nama di web tertutup untuk membeli maklumat secara tidak sah, untuk digunakan bagi aktiviti mencuri identiti dan jenayah lain. Pada bulan lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Malaysia telah mendedahkan keleluasaan jenayah siber, dan menyeru mangsa agar melaporkan scam atau penipuan bagi membolehkan maklumat dikumpulkan untuk tindakan lanjut*.

 

Mark Gorrie, Pengarah Kanan, Asia Pasifik, NortonLifeLock mengulas, “Tidak kira betapa teliti seseorang melindungi data peribadinya di dalam talian, aktiviti harian biasa seperti pergi ke kedai dan menggunakan kad kredit boleh menyebabkan ketirisan data, yang akhirnya sampai ke web tertutup. Walaupun pencerobohan data melibatkan syarikat-syarikat besar kini menjadi tajuk utama berita, organisasi lebh kecil juga menjadi mangsa penjenayah siber dan kejadian sedemikian mungkin tidak mendapat publisiti meluas, walaupun kesannya kepada kehidupan kita memang jelas.”

 

“Menyedari hakikat ini, kami sukacita untuk mengumumkan bahawa rangkaian pelan Norton 360 di Malaysia kini turut menyediakan Pemantauan Web Tertutup. Kemudahan Pemantauan Web Tertutup kami giat mencari alamat e-mel dan data peribadi lain yang pernah anda berikan menerusi Internet di ruang web tertutup dan memaklumkan kepada anda jika data tersebut ditemui. Menerusi kemudahan ini, kami menawarkan satu lagi alat untuk membantu melindungi dan memperkasakan orang ramai untuk menjalani kehidupan digital secara lebih selamat.”

 

Ciri Pemantauan Web Tertutup kini disediakan dalam Norton 360 Premium, Norton 360 Deluxe dan Norton 360 for Gamers. Apabila pelanggan melanggan pelan Norton 360 dengan Pemantauan Web Tertutup, alamat e-mel yang didaftarkan kepada pelan Norton 360 akan dipantau dari masa ke masa, manakala paparan ciri utama perisian ini yang mudah digunakan membolehkan maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi ditambah untuk tujuan pengawasan. Ini termasuk: lima nombor akaun insurans; alamat e-mel, nombor telefon dan sehingga sepuluh nombor kad kredit dan tag permainan. Sekiranya data anda ditemui dalam web tertutup, sama ada menerusi forum atau laman web, pemberitahuan yang diberikan akan membolehkan anda mengambil tindakan segera, termasuk menukar kata laluan dan menghubungi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai.

 

Pelanggan sedia ada dengan langganan aktif kin boleh mengakses kemudahan Pemantauan Web Tertutup bagi baki tempoh langganan mereka tanpa sebarang kos tambahan menerusi ciri kemas kini automatik. Perisian ini disediakan untuk pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, PC atau Mac®, bergantung kepada keutamaan dan pelan pilihan pelanggan.

 

Selain daripada Pemantauan Web Tertutup, antara ciri penting Norton 360 termasuk:

 

  • Perlindungan Peranti Mudah Alih Norton: Telefon pintar dan tablet mungkin mengandungi banyak maklumat peribadi dan terdedah kepada ancaman siber. Norton 360 menyediakan perlindungan yang kukuh dan berkesan untuk maklumat peribadi anda dalam peranti Android dan iOS, terhadap ancaman siber mudah alih baharu yang licik dan juga penipuan dalam talian.
  • Sandaran Awan bagi PC:Pilih pelan sandaran awan yang paling sesuai dengan keperluan anda, iaitu antara 50GB, 75GB, atau 100 GB (bergantung kepada pelan) untuk menyimpan fail dan dokumen penting sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kehilangan data akibat kerosakan cakera keras, kecurian peranti dan perisian tebusan.
  • Norton Secure VPN: Akses aplikasi dan laman web kegemaran menerusi sambungan Wi-Fi di rumah dan juga di luar dengan jaminan tahap enkripsi setaraf bank.
  • PC SafeCam: Memberi amaran mengenai percubaan mengakses kamera web anda dan membantu menghalang akses tersebut.
  • Kawalan Ibu Bapa: Untuk membantu kanak-kanak melayari Internet secara lebih selamat.
  • Smart Firewall untuk PC: Membantu melindungi peranti dan data daripada serangan berbahaya dan pemerhatian penceroboh dengan mengawasi dan menghalang lalu lintas yang mencurigakan.
  • Pengurus Kata Laluan: Mencipta, menyimpan dan menguruskan kata laluan, maklumat kad kredit dan maklumat pengenalan dalam talian lain dengan lebih mudah.
  • Norton 360 untuk Pemain:ialah pelan yang menawarkan perlindungan lanjutan yang direka khusus untuk menangani keperluan keselamatan unik, tanpa menjejaskan permainan. Ciri Game Optimizer membolehkan semua pemain memaksimumkan prestasi permainan, untuk pengalaman permainan lebih mengasyikkan.
  • Norton 360 Deluxe,sehingga lima peranti.
  • Norton 360 Premium,sehingga 10 peranti.
  • Norton 360 for Gamers, untuk sehingga 3 peranti, dengan Game Optimizer.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.malaysia.norton.com.

 

 

*Sumber: New Straits Times, November 2021

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/11/744498/significant-increase-reported-cases-e-commerce-fraud

 

Mengenai NortonLifeLock Inc.

NortonLifeLock Inc. (NASDAQ: NLOK) ialah pemimpin global dalam Keselamatan Siber pengguna, dengan melindungi dan memperkasakan insan untuk menikmati kehidupan secara digital.  Kami ialah rakan yang boelh dipercayai oleh pengguna dalam dunia yang semakin rumit dan terhubung.  Dapatkan maklumat lanjut tentang cara menaik taraf Keselamatan Siber di www.NortonLifeLock.com.

 

-Ramani P

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )