Op Selamat 21: 14 kematian direkodkan semalam

Op Selamat 21: 14 kematian direkodkan semalam

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 14 kematian direkodkan pada hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baharu Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,203 kemalangan dicatatkan melibatkan 1,480 kenderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Dua objektif utama operasi itu ialah meminimumkan kemalangan jalan raya dan memastikan kelancaran trafik serta mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)