Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dilancar oleh Datuk Saifuddin Abdullah

Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dilancar oleh Datuk Saifuddin Abdullah

Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) telah dilancarkan hari ini sebagai usaha untuk membantu para penggiat seni dalam penghasilan karya serta merancakkan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

PRISMA adalah langkah jangka pendek yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat dan pemain industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19.

PRISMA mempunyai 3 fokus utama iaitu memudahkan pembiayaan penghasilan karya, mengupayakan kapasiti dan kemahiran penggiat industri kreatif, serta meluaskan akses pasaran bagi produk kreatif tempatan. Sejumlah RM89.2 juta diperuntukan menerusi 32 program merangkumi 4 kategori iaitu Filem, Muzik, Kandungan Kreatif Digital & Seni Visual dan Persembahan & Kraf. Sebanyak RM67.7 juta dari peruntukan ini merupakan program berbentuk pemberian geran, manakala RM9 juta dalam bentuk pinjaman dan RM12.5 juta berbentuk slot siaran.

PRISMA dijangka bakal memanfaatkan lebih 9,000 penggiat seni di samping mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan. Selain itu, 60% daripada keseluruhan program telah ditambah baik untuk memudahkan proses dan prosedur permohonan serta kaedah penyaluran peruntukan.

Para penggiat seni boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan PRISMA di laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM : https://www.kkmm.gov.my/awam/prisma

#prismaKKMM
#IndustriKreatif

-DG

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )