PAKYA: Terus Mempergiatkan kempen di media sosial

PAKYA: Terus Mempergiatkan kempen di media sosial

SHAH ALAM: TANJUNG KARANG,. Berbaki lebih kurang 48 jam lagi tempoh berkempen, jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, menggiatkan kempen menerusi media sosial dengan aplikasi WhatsApp,facebook,TikTok,dengan semua sumber yang ada bagi mendekati pengundi muda.

Calon no 1, N09 Permatang MOHD YAHYA MAT SAHRI, atau lebih dikenali dengan panggilan PakYa, berkata pelbagai platform digunakan bagi memastikan pengundi mendapat maklumat dan menarik mereka untuk turun mengundi pada Sabtu ini.

“Walaupun penduduk di Dipermatang ini sudah biasa dengan kehadiran saya, namun kita tetap giatkan kempen di hari-hari terakhir ini bagi memastikan mereka yakin untuk memilih siapa.


“Diharap pengundi dapat memberi peluang kepada Pakya, untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini bagi memastikan pembangunan dan kemudahan dapat dilaksanakan dengan mudah jika pentadbiran negeri selari dengan kerajaan pusat,” katanya lagi.

PakYa, meneruskan program kempennya hari – hari seperti biasa dengan solat subuh di masjid atau surau – surau kemudian dengan bersarapan bersama penduduk di warung di didalam kawasan permatang dan tanjung karang sebelum kembali meninjau program Jelajah konvoi Perpaduan Permatang. Walkabout, Warung Nasi Ambeng Sungai Gulang – Gulang.

Pada jam 3: petang akan bersama menteri pelancongan di pasir penambang anjuran MCA, dan akan berceramah kelompok pada, 9: malam di Bestari Jaya

Semua jentera bersedia untuk baki beberapa hari yang tinggal untuk calon berkempen, sudah pastinya kita akan cuba terus menerus menerangkan kepada semua pengundi dengan 5 TEKAD UNTUK PERMATANG, katanya lagi.

–RAHMAN

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)