Pameran ASEAN Tonjol Warisan Diplomasi Serantau dan Pengiktirafan Global

Pameran ASEAN Tonjol Warisan Diplomasi Serantau dan Pengiktirafan Global

KUALA LUMPUR – Pameran Semangat ASEAN yang kini berlangsung di Jabatan Muzium Malaysia memperlihatkan bagaimana kerjasama diplomatik serantau telah berkembang sejak tertubuhnya ASEAN pada tahun 1967.

Antara koleksi utama yang menjadi tumpuan ialah Deklarasi ASEAN, dokumen penting yang dimeterai di Bangkok dan kini diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Pengiktirafan ini diumumkan di Paris pada 17 April 2025.

Pameran ini berlangsung dari 21 April hingga 31 Ogos, sebagai sebahagian daripada sambutan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, dengan tema Keterangkuman dan Kemampanan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata pameran ini memperkukuh penghargaan terhadap sejarah diplomatik ASEAN yang terus menyumbang kepada kestabilan serantau.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This