PAMERAN HANG TUAH 2024 MITC MELAKA

PAMERAN HANG TUAH 2024 MITC MELAKA

MELAKA,. Selami sejarah, hayati kepahlawanan! Pameran Hang Tuah akan membuka tirainya di MITC Melaka dari 10 Jun hingga 7 Julai 2024 dengan mempamerkan hasil penyelidikan yang mengukuhkan kewujudan Hang Tuah melalui sumber-sumber baharu.

Hang Tuah, nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu, merupakan lambang keberanian dan kebijaksanaan.

Kisahnya bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu terus hidup dalam jiwa kita, membakar semangat perjuangan dan keagungan bangsa. Pameran ini akan membawa anda mengembara kembali ke zaman kegemilangan Melaka, dengan pelbagai artifak, manuskrip dan bahan-bahan yang ditemui dari serata dunia seperti Belanda, Jepun, India, Portugal, China, Indonesia, dan Thailand.

Temui keajaiban sejarah melalui artifak dan manuskrip yang membuktikan Hang Tuah sebagai ikon antarabangsa. Pameran ini bukan sekadar mempersembahkan sejarah, tetapi juga bertujuan memupuk jatidiri generasi muda dengan semangat Hang Tuah yang tidak pernah pudar. Dengan slogan “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat”, kita diingatkan untuk terus meneladani kepahlawanan dan kebijaksanaan tokoh-tokoh ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan Hang Tuah dan sumbangannya yang tidak ternilai. Jadikan kunjungan anda ke pameran ini sebagai satu inspirasi dan mengenali wira yang telah mengharumkan nama bangsa di seluruh dunia.

Mari kita raikan warisan kita, kenali sejarah kita, dan bangkit bersama semangat Hang Tuah.

“ Takkan Melayu Hilang di Dunia “

–RAHMAN.

En. Lim Sze Koon, Penolong Pegawai Tadbir, Tourism Melaka (016-608 5258) & En. Azrulnizam Bin Mohd, Penolong Akauntan, Tourism Melaka (011-15423886)

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)