Panahan ‘Robin Hood’ Terengganu perlu dinilai semula

Panahan ‘Robin Hood’ Terengganu perlu dinilai semula

KUALA TERENGGANU,. Jurulatih skuad memanah Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, Ahmad Syafiq Azim Saeri akui ‘panahan’ anak buahnya perlu dinilai semula bagi memastikan sasaran yang disasarkan tercapai.

Ini kerana dia mengakui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sukar buatnya meramal prestasi atletnya, begitu juga dengan jumlah pingat emas yang diidamkan.

Selain itu, nama atlet yang bakal menggalas misi pasukannya juga masih lagi dirahsiakan atas beberapa faktor.

“Sasaran awal kita sebelum tempoh PKP mahu menuai tiga pingat emas iaitu berdasarkan pencapaian pertandingan dan rekod pencapaian pesaing daripada atlet negeri lain. “Namun disebabkan pemanah hanya melakukan latihan di rumah dengan pemantauan melalui video selain tiada pertandingan, jadi sukar meramalkan emas yang mampu diraih nanti.

“Setakat ini kami juga belum putuskan lagi senarai atlet yang bakal memikul cabaran kerana mereka masih lagi dalam senarai panjang.

“Lagipun kami sedang mengambil kira mengenai atlet yang terbabit dengan peperiksaan awam tahun depan yang tertangguh kerana PKP.

“Namun dengan tempoh panjang selepas PKP tamat nanti mereka diharap mampu mengembalikan semula rentak sebelum ini,” ujarnya.

Pada SUKMA edisi ke-19 di Perak 2018, skuad Terengganu berjaya membawa pulang dua emas, tiga perak dan tiga gangsa.

–BH

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )