Parkson Group akan lupus hartanah di Vietnam

Parkson Group akan lupus hartanah di Vietnam

KUALA LUMPUR,. Anak syarikat Parkson Holdings Bhd dimiliki sebanyak 68 peratus, Parkson Retail Asia Ltd (PRA) telah mencadangkan untuk menjual keseluruhan podium runcit Parkson TD Plaza Shopping Center di Hai Phong City, Vietnam pada harga AS$ 10 juta (RM42.5 juta).

PRA yang tersenarai di Bursa Saham Singapura itu melalui unit tidak langsung Parkson Haiphong Co Ltd, telah menandatangani perjanjian pemindahan aset bersyarat dengan Thuy Duong Construction and Trading Joint Stock Co, kata Parkson Holdings dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut makluman PRA ke Bursa Saham Singapura, pelupusan yang dicadangkan akan membantu memperkukuhkan aliran tunai kumpulan itu dan mengurangkan liabiliti.

“Kumpulan ini juga akan mempunyai lebih banyak fleksibiliti untuk menggunakan semula sumbernya untuk tujuan modal kerja,” katanya.

Perjanjian yang dicadangkan itu tertakluk, antaranya adalah mendapat persetujuan pemegang saham PRA.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)