Pasangan suami isteri maut ditembak di Pattani

Pasangan suami isteri maut ditembak di Pattani

PATTANI,. Sepasang suami isteri maut, manakala cucu perempuan mereka cedera dipercayai ditembak, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Jurucakap Polis Pattani berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang (waktu tempatan), pasangan berusia 60 dan 55 tahun itu, bersama cucu mereka berusia 2 tahun 7 bulan, sedang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari pasar.

“Ketika di Kampung Tupat, Mukim Khuan Nori mereka dipercayai ditembak dua individu. Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak yang merupakan seorang polis yang bertugas di Yala.

Polis sedang menyiasat motif kes tembak tersebut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )