Pasukan Keselamatan Thailand Tumpaskan Kumpulan Bersenjata di Yala, Empat Suspek Maut

Pasukan Keselamatan Thailand Tumpaskan Kumpulan Bersenjata di Yala, Empat Suspek Maut

YALA (Thailand): Empat lelaki bersenjata yang dipercayai anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) Pattani terkorban dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala, sekitar 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Seksan Churansirit, berkata kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis, tentera, dan sukarelawan pertahanan telah mengepung sebuah rumah yang disyaki menjadi tempat persembunyian kumpulan bersenjata tersebut.

“Pasukan keselamatan telah cuba berunding dengan mereka yang bersembunyi di dalam rumah. Namun, individu-individu itu cuba melarikan diri dan menembak pasukan keselamatan,” jelasnya kepada pemberita.

Akibat tembakan itu, keempat-empat lelaki bersenjata tersebut ditemui maut di tempat kejadian, dengan tiga mayat dijumpai di luar rumah dan satu lagi di dalam rumah tersebut. Polis turut menemui tiga laras senjata api di sekitar mayat berkenaan dan kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kesemua individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )