PBB Dakwa Sekatan Israel Jejas Teruk Kehidupan Penduduk Gaza

PBB Dakwa Sekatan Israel Jejas Teruk Kehidupan Penduduk Gaza

NEW YORK, 25 Mac – Sekatan kemanusiaan yang berlarutan ke atas Gaza telah meletakkan wilayah Palestin itu di ambang bencana kebuluran, menurut Philippe Lazzarini, Ketua Agensi Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Melalui kenyataan rasmi di media sosial, Lazzarini menegaskan bahawa Israel terus menyekat penghantaran bantuan penting, termasuk bekalan makanan dan perubatan, sekaligus memburukkan keadaan penduduk yang telah pun menderita sejak konflik tercetus.

“Setiap hari yang berlalu tanpa bantuan menambah jumlah kanak-kanak yang tidur kelaparan dan menjadikan wabak penyakit sukar dibendung,” katanya.

Siri serangan terkini selepas tamatnya gencatan senjata ringkas telah meragut banyak nyawa, termasuk kanak-kanak, menambah luka kepada penduduk Gaza yang kini berjumlah hampir dua juta.

UNRWA menyifatkan tindakan itu sebagai penganiayaan kolektif dan menyeru agar Israel membenarkan kemasukan bantuan dan barangan keperluan secara berterusan serta dalam jumlah mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Palestin.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )