PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden

PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden

KUANTAN,. Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Ketua Penerangan PBM Pahang Mohd Faizal Helmi memaklumkan Bernama bahawa keputusan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan parti yang berlangsung semalam.

“Pembubaran itu dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM (Datuk Larry Sng Wei Shien) yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM Datuk Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti,” katanya.

Lapan bahagian yang dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

Mohd Faizal berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada Setiausaha Agung parti.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)