PBSM terus sokong barisan hadapan kekang COVID-19

PBSM terus sokong barisan hadapan kekang COVID-19

KUALA LUMPUR,. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) akan terus berterima kasih kepada mereka yang berterusan membantu komuniti dan mengurangkan kesukaran mereka di sewaktu sukar dan penuh dugaan akibat penularan pandemik COVID-19, selain keperluan menyesuaikan diri dengan normal baru dan jarakan sosial.

Pengerusi Kebangsaannya Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah berkata, pergerakan itu memberikan tumpuan kepada petugas barisan hadapan, sukarelawan dan responden kepada pandemik itu, dan bersatu bagi menunjukkan sokongan kepada sukarelawan di seluruh dunia.

“Saya amat berbangga dengan sumbangan yang berterusan, menyokong barisan hadapan dan petugas kesihatan di fasiliti kerajaan dan juga komuniti yang memerlukan, di seluruh negara yang terkesan dengan pandemik melalui PBSM platform #responsMALAYSIA.

“Ini tentunya tidak mungkin berlaku tanpa komitmen dan sumbangan pegawai, kakitangan dan sukarelawan di semua peringkat, berusaha membina komuniti yang lebih selamat, kuat dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Palang Merah Dunia dan Hari Persatuan Bulan Sabit Merah di tengah-tengah COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hari Bulan Sabit Merah disambut pada 8 Mei setiap tahun, bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian luar biasa para pendukung dan sukarelawan di seluruh dunia, atas bantuan kepada mereka yang memerlukan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )