
PDRM akan menilai aduan kes ugut bunuh terhadap bekas ratu cantik Shakila Saiful
Bekas ratu cantik Shakila Saiful bersama peguamnya Faizal Rahman telah mengadakan sidang media pada Jumaat lepas berkenaan ketiadaan kertas siasatan yang di buka berkenaan kes ugut bunuh terhadap Anakguam kami. Kes tersebut (sepatutnya) di siasat di bawah IPD Hulu Selangor.
Pihak peguam yang mewakili Shakila Saiful menerima panggilan daripada Pegawai Penyiasat IPD Kajang, sehari selepas sidang media, meminta untuk hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan ugutan bunuh tersebut.
Masa dan tarikh sudah di aturkan bagi membolehkan pihak-pihak memberi keterangan dan menyerahkan segala bukti berkaitan.
Faizal berkata, pihaknya akan memastikan kerjasama penuh di berikan kepada pihak PDRM bagi maksud tersebut.
Dan dia juga percaya laporan-laporan polis anak guamnya, semenjak Januari 2023 yang sebelum ini mendapat arahan “Refer To Magistrate” (RTM) akan kembali di buka kertas siasatan bagi membolehkan siasatan di jalankan. Antara kesalahan-kesalahan lain yang (di jangka) terlibat adalah konspirasi, pemerdayaan, penipuan dan pengguguran kandungan/janin.
Faizal juga berkata pada sesi sidang media tersebut, adalah tidak munasabah untuk laporan-laporan (kes-kes) jenayah serius hanya di arahkan untuk di rujuk kepada Magistret sedangkan pihak PDRM mempunyai kuasa untuk menyiasat laporan-laporan tersebut.
Faizal juga mengucapkan ribuan terima kasih atas pertimbangan pihak PDRM untuk menilai semula perkara ini.
“Kami sesungguhnya percaya, tiada mana-mana pihak yang lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak akan bermudah-mudah terlepas begitu sahaja meskipun mereka mempunyai kedudukan dan pengaruh di negara ini.”
*Shakila sebelum ini memenangi gelaran Miss Lumiere International World Borneo 2021, Miss India Worldwide Malaysia 2018 (Miss Beautiful Skin) dan Miss Malaysia Kebaya 2017/2018.
*Gelaran lain ialah Ratu Kebaya 2017, Ratu Cheongsam 2017 dan Miss Petite Malaysia World 2016 di tempat ketiga yang turut memegang kategori Miss Popularity.