Peguam beri keterangan polis berhubung penyelewengan dana awam RM53,000

Peguam beri keterangan polis berhubung penyelewengan dana awam RM53,000

KUALA LUMPUR,. Seorang peguam pada Jumaat memberi keterangan kepada polis berhubung seorang aktivis yang didakwa menyeleweng dana sumbangan awam untuk pengurusan kematian Dea Maisarah Bada berjumlah RM53,000.

Peguam Hafiz Norkhan berkata, polis memanggilnya untuk memberi keterangan pada hari ini susulan laporan polis yang dibuat oleh ayah Dea Maisarah, Bada Hussein, 48, yang juga anak guamnya pada 17 Nov lepas berhubung dakwaan penyelewengan itu.

“Kami sudah menyerahkan kepada pihak polis termasuk bukti transaksi dibuat oleh orang awam yang menunjukkan adanya penyelewengan dalam kes ini,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima empat laporan polis membabitkan syarikat kendalian aktivis itu antara 26 Okt dan 17 Nov lepas yang dibuat di IPD Wangsa Maju dan dirujuk ke JSJK Bukit Aman.

Sebelum ini, media melaporkan Dea Maisarah, 10, hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bersama bapanya pada 9 Julai lepas sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )