Pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur mula beroperasi 24 Februari

Pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur mula beroperasi 24 Februari

KUALA LUMPUR,. Pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur akan berpindah ke lokasi baharu bertempat di Tingkat 1, Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, Setapak, di sini, bermula 24 Februari (Isnin), kata Suruhanjaya Tinggi itu hari ini.

Pada masa ini, pejabat kedutaan itu terletak di Tingkat 28, Menara 1 Mont Kiara di Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan yang terdapat di Suruhanjaya Tinggi itu akan ditutup pada 20 dan 21 Februari 2020. Pejabat kembali beroperasi mulai 24 Februari,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, perkhidmatan berkaitan buruh, Pusat Sumber Pekerja India di Tingkat 20 Menara 1 Mont Kiara akan terus beroperasi sehingga diberitahu kelak.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)