Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai

Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai

KUALA LUMPUR,. Pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari 1 hingga 31 Julai 2023 berdasarkan pengeluaran getah Jun 2023.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan berkata, IPG getah cuplump dan lateks teraktif bagi Jun 2023 di Semenanjung Malaysia ialah 30 sen sekilogram (kg) untuk 50 peratus kandungan getah kering (DRC) dan 60 sen sekilogram untuk 100 peratus DRC.

Bagi Sabah, kadarnya ialah 65 sen sekilogram bagi 50 peratus DRC dan RM1.30 sekilogram bagi 100 peratus DRC, manakala bagi Sarawak kadarnya ialah 60 sen sekilogram bagi 50 peratus DRC dan RM1.20 sekilogram bagi 100 peratus DRC.

Sementara itu, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus DRC.

Pada Jun 2023, LGM berkata, purata harga di peringkat ladang untuk getah cuplump ialah RM2.40 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM2.05 sekilogram untuk Sabah dan RM2.10 sekilogram untuk Sarawak.

LGM berkata IPG akan diaktifkan jika purata harga bulanan di peringkat ladang bagi getah di peringkat ladang adalah di bawah paras RM2.70 sekilogram mulai Januari 2023.

Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )