Pelaksanaan Urusan Semakan Daftar Pilih Tambahan bulan Mac 2022

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2022 (DPT BLN3/2022) telah diperaku pada 14 April 2022 dan diwartakan
pada hari ini 15 April 2022. DPT BLN3/2022 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 15 April 2022 hingga 14 Mei 2022.

Menurut satu kenyataan media, DPT BLN3/2022 ini mengandungi nama bagi 40,543 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 12,286 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,019 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.

SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022 dan manamana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN3/2022.

Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN3/2022, mereka boleh membuat
TUNTUTAN dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat – Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan
http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN3/2022.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN3/2022 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

SPR menyediakan 5 kaedah semakan bagi DPT BLN3/2022 iaitu seperti berikut:

(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau
https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan
http://ppn.spr.gov.my;
(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

 

–RP

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )