Pemain Barca jalani ujian hari ini

Pemain Barca jalani ujian hari ini

MADRID,. Barcelona mengesahkan pemain-pemain mereka akan menjalani ujian COVID-19 hari ini ketika kelab-kelab La Liga memulakan sesi latihan menjelang cadangan meneruskan musim bulan depan.

Real Madrid dan Atletico Madrid juga akan menjalankan ujian hari ini, dengan pemain-pemain dijadualkan mula berlatih secara individu di pusat latihan akhir minggu ini.

La Liga dalam proses memeriksa setiap kemudahan di kelab-kelab bagi memastikan mereka memenuhi protokol ketat kesihatan.

Sebaik diluluskan, kelab-kelab dibenarkan memulakan program latihan untuk pemain berlatih bersendirian, diikuti dalam kumpulan kecil sebelum akhirnya dibenarkan bergabung seperti biasa.

Barcelona mengesahkan mereka melepasi ujian pagi semalam.

“Pasukan pertama akan kembali ke pusat latihan pada Rabu untuk menjalani ujian kesihatan berkaitan sebelum memulakan sesi latihan solo keesokan harinya.

“La Liga memberi lampu hijau untuk menjalankan ujian-ujian ini selepas pemeriksaan ke atas kemudahan kelab dilakukan pagi tadi,” kata kelab itu. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )