Pemandu teksi Jepun ditahan akibatkan kematian burung merpati

Pemandu teksi Jepun ditahan akibatkan kematian burung merpati

TOKYO,. Seorang pemandu teksi di Jepun ditahan kerana disyaki melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar negara itu apabila melanggar dan membunuh seekor burung merpati di atas jalan raya di tengah Tokyo, lapor polis tempatan pada Selasa.

Pemandu lelaki berusia 50 tahun itu ditahan kerana disyaki dengan sengaja memandu ke arah sekumpulan merpati di daerah Shinjuku dan membunuh seekor daripadanya pada November, lapor Xinhua memetik kenyataan Jabatan Polis Metropolitan.

Sistem perundangan Jepun menetapkan hukuman berat bagi penderaan haiwan.

Pada Jun, seorang lelaki di Nagoya ditahan kerana membunuh 13 burung gagak di kawasan berhala dan tempat letak kereta di bandar itu, di luar kawasan pemburuan, dengan menabur umpan yang dicampur racun makhluk perosak tanpa kebenaran.

Selain Akta Kebajikan dan Pengurusan Haiwan, Akta Perlindungan, Kawalan dan Pemburuan Hidupan Liar pula menyediakan perlindungan tambahan untuk haiwan liar yang kebiasaannya dikecualikan daripada undang-undang perlindungan haiwan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)