Pembebasan Al-Aqsa

Pembebasan Al-Aqsa

Oleh Jason Loh

 

Ketika perajurit Jordan menarik diri dari Kota Lama di Baitulmaqdis Timur pada kemuncak Perang 1967, sehingga memungkinkan pasukan payung terjun Israel menawan Al-Aqsa dan Kubah Batu, perkara pertama dilakukan ketua pegawai komunikasi unit adalah menaikkan bendera nasional – yang menimbulkan kemarahan Menteri Pertahanan Moshe Dayan yang berseru, “Adakah anda ingin membara api kemusnahan di Timur Tengah?”

Kita hanya dapat meneka keputusan pihak Jordan mengabaikan pertahanan Kota Lama.

Jordan mungkin tidak mahu Masjid Al-Aqsa, tempat ketiga paling suci dalam Islam dan sebahagian akidah dan pandangan semesta umat Islam, mengalami kerosakan atau kehancuran di tengah-tengah pertempuran sengit.

Malah Zionis pada masa itu amat berteliti untuk mengelakkan pengeboman besar di Kota Lama dan oleh itu mengerahan pasukan penerjun payung untuk mengambil alih kawasan tersebut dan mensasarkan tentera Jordan yang ditempatkan sebagai penembak tepat (dalam parit pelindung, bunker yang diubahsuai mengikut keadaan bandar). Bahkan tentera udara kedua-dua negara menghindari Kota Lama – kerana serangan udara pasti jauh keterlaluan.

Inilah sebabnya mengapa Moshe Dayan terganggu ketika bendera Zionis diletakkan atas puncak Kubah. Beliau tahu bahawa kedua-dua Al-Aqsa dan Kubah merupakan sebahagian yang tidak terpisah dari kepercayaan umat Islam (iaitu, orang Palestin dan bukan Palestin) dan bersungguh bahawa konflik Arab-Israel tidak berkembang menjadi perang suci bagi umat Islam dengan kesan yang sangat mendalam dan luar jangkaan.

Sememangnya, Kubah merupakan tempat penjelajahan malam Nabi Muhammad saw dan perjalanan naik ke syurga (Al-Isra ’wal-Mi’raj).

Oleh itu, inilah juga sebab mengapa kawasan Gunung Kuil/Temple Mount (juga suci bagi masyarakat Yahudi) segera dikembalikan kepada pemilik yang sah, iaitu majlis wakaf yang menguruskan Al-Aqsa dan Kubah.

Begitulah kepekaan dan keprihatinan runcing yang ditunjukkan Moshe Dayan – salah seorang pemimpin dan negarawan Israel yang tersohor.

Sebaliknya, Negara Israel Zionis hari ini dipimpin ahli-ahli politik yang secara terang-terangan mempamerkan tanpa malu visi Israel Raya (Greater Israel), dan oleh itu yang hanya membuka jalan untuk konflik wilayah akan datang tetapi di mana dinamiknya tidak lagi sama seperti zaman empat perang Arab-Israel yang dulu.

Baru-baru ini, satu perarakan bendera – yang hanya dibatalkan pada saat-saat terakhir – telah dijadualkan untuk melalui Kota Lama pada 10 Jun (Khamis), sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku sebelumnya, hanyalah mikrokosmos perubahan sikap Zionis lebih luas.

Untuk selama beberapa dekad sekarang, Zionis kian menjadi lebih bongkak dan keterlaluan dalam rancangan dan niat mereka.

Oleh itu, Hamas sepatutya dipuji kerana tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan amaran keras berkaitan dengan perarakan yang dicadangkan – kerana itu merupakan pelanggaran berat, sekali lagi, terhadap sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

Siapa yang dapat melupakan adegan yang sangat menyinggungkan perasaan yang sensitif apabila pasukan keselamatan Israel mencerobohi tempat dalaman Al-Aqsa dan menembakkan gas pemedih mata, bom tangan gegaran dan peluru getah terhadap para jamaah, antara pertengahan dan akhir Mei, yang hanya dapat dianggap satu tindakan provokasi semata-mata?

Zionis memang tidak ikhlas dalam melaksanakan penyelesaian dua negara walaupun sudah berikan komitmen dalam Perjanjian Oslo dan bertekad untuk menduduki Tebing Barat selama-lamanya – dengan hasrat jahat supaya majoriti rakyat Palestin akan kehilangan harapan, melepaskan hak asasi mereka dan berhijrah.

Ini adalah akibat daripada ketiadaan tindakan yang mutlak – sekatan dan tindakan hukuman dari masyarakat antarabangsa walaupun Israel telah melakukan pelanggaran demi pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Israel menikmati layanan istimewa dari AS – yang mempunyai catatan konsisten undi sekatan dan menghalang Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR). AS juga bertindak secara tidak langsung dengan tidak mengundi. Menurut data PBB, AS telah menyekat sekurang-kurangnya 53 resolusi seperti itu dari tahun 1972 dan seterusnya

(Sumber: https://www.un.org/depts/dhl/resguide/scact_veto_table_en.htm).

Sementara AS mengecam penindasan China terhadap masyarakat Uyghur di Xinjiang, sikapnya terhadap pendudukan Israel di Tebing Barat (dan Gaza melalui sekatan udara dan laut) adalah dwistandard (terlalu berat sebelah).

Sebagaimana diingatkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, “Mengapa AS begitu tidak peka mengenai hak asasi rakyat Palestin sementara ia terus berbicara tentang menegakkan hak asasi umat Islam?” (seperti dikutip dari “China mengatakan veto AS melumpuhkan tindakan Majlis Keselamatan PBB ke atas Israel” yang diterbitkan Anadolu Agency/Anadolu Post, Mei 19, 2021).

Walaupun boleh dianggap sebagai hampir tidak memenuhi kenyataan, satu-satunya jalan keluar dari semua ini – penindasan Palestin dan umat Islam jua – adalah agar Kota Lama Baitulmaqdis (sekurang-kurangnya) berada di bawah naungan bersama pasukan pengaman damai PBB dan Angkatan Pertahanan Islam Multinasional (MIDF).

Pengaturan ini adalah untuk melindungi tapak suci ketiga dalam Islam dan membolehkan para jamaah untuk meneruskan kewajiban ibadat mereka dalam keadaan tidak terganggu.

Ini juga akan mengelakkan situasi di masa depan daripada menjadi tidak terkawal dan membara lebih besar – didorong “momentum dalaman” – dari mana tiada pengembalian (misalnya, seperti dalam keadaan “halaju lari diri” (escape velocity) di mana objek itu, iaitu, tanpa dorongan lebih lanjut, mampu melanggar tarikan graviti yang dianggap “jaringan keselamatan”).

Jika tidak, Israel harus bersedia untuk menghadapi perang suci masa depan yang bertujuan menebus kemartabatan Al-Aqsa.

Adakah ini harga yang sanggup dibayar Zionis – dalam usaha mereka untuk merealisasikan Israel Raya?

Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )