Pemberian kredit e-tunai RM100 akan dilaksanakan pada suku keempat

Pemberian kredit e-tunai RM100 akan dilaksanakan pada suku keempat

KUALA LUMPUR: Pemberian kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan bantuan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan pihak kementerian dan pihak berkepentingan.

“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Kementerian Kewangan.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan peruntukan RM1 bilion diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lepas.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)