Pemulihan IPP yang kukuh mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi – RHB Research

Pemulihan IPP yang kukuh mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi – RHB Research

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Pemulihan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) pada Jun mencerminkan penyambungan aktiviti ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kata RHB Research.

Pengeluaran ‘secara berpotensi ‘ juga mengambil kesempatan daripada lonjakan permintaan, yang dijangka bersifat sementara, kata firma penyelidikan itu.

“Pertumbuhan, bagaimanapun, masih berada di bawah purata prapandemik iaitu kira-kira 3.5 peratus dari tahun ke tahun (2016-2019), kebanyakan menerima kesan akibat pemulihan yang agak lembab dalam pengeluaran minyak dan gas,” katanya dalam satu nota.

Awal hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan IPP Jun yang mengecut 0.4 peratus dari tahun ke tahun, melonjak 26.2 peratus dari Mei selepas kerajaan membenarkan lebih banyak industri meneruskan operasi pada bulan itu dan seterusnya. Pada Mei, IPP jatuh 22.1 peratus dari tahun ke tahun.

Menurut DoSM, penurunan yang sedikit dari tahun ke tahun pada IPP Jun berpunca daripada penyusutan dalam indeks perlombongan (-17.1 peratus) dan indeks elektrik (-2.4 peratus), manakala indeks pembuatan menokok 4.7 peratus.

Beliau berkata kenaikan IPP pada Jun 2020 adalah disebabkan oleh peningkatan dalam semua indeks, dengan indeks pembuatan bertambah 36.8 peratus, indeks perlombongan naik 2.4 peratus dan indeks elektrik melonkak 0.2 peratus.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)