Penalti Antonio berharga RM1.36 juta

Penalti Antonio berharga RM1.36 juta

LONDON,. Michail Antonio mendapat bonus 250,000 pound (RM1.36 juta) kerana menjaringkan gol penalti West Ham ketika menentang Manchester United.

Penyerang Hammers itu mendapat durian runtuh selepas mencatat gol ke-10 Liga Perdana musim ini buat pertama kali ketika keputusan 1-1 di Old Trafford, susulan Mark Noble yang biasa mengambil sepakan memberi laluan kepadanya.

Antonio, 30, memperbaharui kontraknya pada tahun 2017 dan dijanjikan bonus berkenaan sekiranya melepasi 10 gol Liga Perdana.

Dia yang dibeli dari Nottingham Forest lima tahun lalu pada harga 7 juta pound (RM38.03 juta), kini mempunyai baki kontrak setahun lagi tetapi West Ham sedang berunding untuk menawarkan kontrak baharu selama empat tahun.

“Saya dan Nobes berbincang dan dia bertanya apakah sasaran saya untuk musim ini. Saya kata 10 gol dan ia adalah sasaran sejak lima tahun saya di sini.

“Saya tidak pernah berjaya mencapainya – paling banyak sembilan gol – jadi dia kata jika kami mendapat penalti dalam dua perlawanan terakhir dia akan memberikannya kepada saya kerana saya sudah menjaringkan banyak gol penting.

“Saya tidak percaya yang kami mendapat penalti, dan apabila mendapatnya, saya masih tidak percaya dia memberikannya kepada saya.

“Nobes akan kembali mengambil sepakan selepas ini, ini hanyalah semata-mata untuk saya mencapai angka ke-10,” kata Antonio. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)