Penangan beli Werner, Chelsea lelong 11 bintang

Penangan beli Werner, Chelsea lelong 11 bintang

LONDON,. Chelsea dijangka membuat rombakan besar-besaran pada musim panas ini selepas melabur 54 juta pound (RM291 juta) untuk mendapatkan Timo Werner.

Penyerang RB Leipzig dan Jerman itu bakal menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan gaji 200,000 pound (RM1.08 juta) bersama skuad The Blues, minggu depan.

Sebelum ini, Chelsea sudah membelanjakan 38 juta pound (RM205 juta) untuk mendapatkan pemain sayap, Hakim Ziyech dan kini sedang mengintai mendapatkan bek kiri Leicester, Ben Chilwell.

Ini menyaksikan ramai pemain akan keluar seperti Willian yang akan meninggalkan Chelsea sebagai ejen bebas selepas tidak menandatangani kontrak baharu dan juga Pedro yang dijangka menyertai Roma.

Chelsea akan membenarkan Jorginho menyertai Maurizio Sarri di Juventus selain melepaskan Marcos Alonso yang dimahukan bekas bos Chelsea, Antonio Conte di Inter Milan.

Chelsea juga akan mendengar tawaran untuk penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga selain Tottenham tampak berminat untuk mendapatkan Kurt Zouma dan David Moyes pula mahukan Ross Barkley yang pernah beraksi untuknya ketika di Everton.

Kehadiran Werner yang meledak 25 gol dalam Bundesliga musim ini bakal menutup peluang buat seorang lagi penyerang Chelsea, Michy Batshuayi.

Bagaimanapun, Chelsea dapat menjana kewangan daripada beberapa pemain yang dipinjamkan seperti Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Davide Zappacosta. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)