Pencalonan pemilihan PKR tamat, Anwar tidak dicabar

Pencalonan pemilihan PKR tamat, Anwar tidak dicabar

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pencalonan pemilihan parti itu berakhir 11.59 malam tadi.

Bagaimanapun menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing.

Berikut senarai calon yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028:

Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam)

Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor)

Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)

Datuk Seri R. Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)

R. Yuneswaran (Ahli Parlimen Segamat)

Dr Sathia Prakash Nadarajan (Ketua Cabang PKR Hulu Selangor)

Abun Sui Anyit (Ketua Cabang PKR Hulu Rajang/Ahli Dewan Negara)

Hee Loy Sian (bekas EXCO Selangor)

Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi Institut Keusahawanan Negara)

Manivanan Gowin (Ketua Cabang PKR Jempol)

Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim merupakan calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.

Pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025 berlangsung selama dua hari bermula Khamis lepas secara dalam talian.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )