Pencemaran Sungai Isu Pentadbiran, Bukan Agenda Politik – Saarani

Pencemaran Sungai Isu Pentadbiran, Bukan Agenda Politik – Saarani

TAPAH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menggesa agar sebarang dakwaan mengenai pencemaran air sungai tidak dijadikan modal politik murahan, sebaliknya diberi perhatian melalui saluran pentadbiran yang betul.

Beliau menolak dakwaan bahawa air Sungai Bidor tidak suci untuk berwuduk disebabkan najis babi dan menekankan bahawa hanya pihak berautoriti seperti JAIPk boleh mengesahkan hal itu.

“Saya faham isu ini sensitif. Tapi ia perlu diurus dengan fakta dan siasatan, bukan dengan andaian politik,” ujar beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan negeri sudahpun mengambil langkah penyelesaian jangka panjang menerusi kerjasama Exco negeri sejak beberapa tahun lalu.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This