Penduduk di Meru rayu tindakan segera mengatasi banjir

Penduduk di Meru rayu tindakan segera mengatasi banjir

KLANG. (GERBANGPOST),.penduduk di kawasan disini Tidak tahan dilanda banjir kilat kira-kira 15 kali setahun, di taman perumahan Jalan Teratai, Meru di sini dan merayu pihak berkuasa yang bertangung jawab terutama kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang membelenggu mereka sejak 2014.

Ahmad Faizan Pardi, 42, wakil penduduk disini berkata beliau telah menetap kira-kira 15 tahun di taman perumahan disini berkata banjir kilat kerap berlaku setiap tahun sehingga membuatkan penduduk tertekan kerana kerosakan harta benda.

“Banjir kilat berlaku kira-kira 15 kali setahun. Setiap kali hujan lebih dua jam, mesti akan berlaku banjir setinggi kira-kira 0.5 meter dan masalah perlu diatasi juga ialah kerana setiap kali banjir, air mengambil masa agak lama untuk surut, kira-kira lima hari.

Beliau berkata pihaknya telah beberapa kali mengadukan perkara berkenaan kepada Majlis Perbandaran Klang, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Isu ini juga kita telah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran serta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Meru, tetapi maklum balas yang kita terima hanyalah mereka sedang buat kajian, kita penduduk mahukan jalan penyelesaian terhadap isu banjir ini,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan apabila air di parit-parit besar di sekitarnya dilihat telah mencapai paras maksimum dan tidak mengalir.

“Kami amat berharap kerajaan negeri dapat membantu kami mengatasi permasalahan ini dengan kadar segera katanya.

— GERBANGPOST.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )