Penerbangan antarabangsa Myanmar disambung semula pada 17 April

Penerbangan antarabangsa Myanmar disambung semula pada 17 April

YANGON: Myanmar akan menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai 17 April.

Perkembangan itu bermakna junta negara menarik balik larangan dua tahun ke atas pelancong asing.

Negara Anggota ASEAN menutup sempadannya kepada pelawat asing pada Mac 2020 ketika wabak itu bermula dalam usaha membendung penularan wabak itu.

Myanmar kekal terasing selepas rampasan kuasa tahun lalu menyaksikan protes mega dan operasi ketenteraan terhadap penentang menyebabkan sektor ekonomi termasuk pelancongan merudum.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Kebangsaan Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan Penyakit Coronavirus Myanmar berkata pada 17 April, semua penerbangan antarabangsa akan beroperasi seperti biasa.

Kenyataan itu menambah, keputusan terbaharu itu dibuat bagi meningkatkan perniagaan sektor pelancongan dan memudahkan perjalanan pengunjung yang melawat Myanmar.

Menurut Kementerian Kesihatan, pelawat dikehendaki menjalani kuarantin selama seminggu dan dua ujian PCR serta vaksinasi lengkap untuk memasuki Myanmar.

Industri pelancongan Myanmar terjejas teruk oleh wabak itu dengan negara itu merekodkan 40,000 kes harian COVID-19 semasa kemuncak wabak itu tahun lepas.

Jumlah mangsa wabak negara itu dilaporkan seramai 20,000 orang.

Keganasan yang berterusan berikutan rampasan kuasa oleh junta juga menjejaskan ekonomi dengan banyak syarikat antarabangsa menarik balik pelaburan.

Data oleh kumpulan pemantau tempatan mendedahkan, lebih 1,600 orang terbunuh oleh pasukan keselamatan dan lebih 11,000 lagi ditahan sejak rampasan kuasa itu berlaku.

-Astro Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)