Pengalaman Indah di Yubara Kokusai Hotel Kikuno Yu

Pengalaman Indah di Yubara Kokusai Hotel Kikuno Yu

Hotel Kikunoyu terletak di utara terletak di utara Prefektur Okayama yang terkenal dengan dengan “Yubara Hot Spring” .Terdapat banyak mata air panas secara semulajadi dan ia telah digunakan oleh orang sejak dahulu kala. “Kikunoyu” adalah yang paling dekat dengan dasar di kaki empangan. Suasana tradisional hotel Jepun ini sangat menarik ditambah dengan Yukata yang disediakan.

Semasa saya mula melangkah masuk ke hotel ini saya lihat seperti dekorasi hotel lama umpama zaman cerita Ultraman dan doremon. Ya memang benar apabila masuk melangkah ke dalam bilik hotel sama seperti di rumah tradisional Jepun di mana beralaskan ‘tatami mat’ dan meja besar di tengah-tengah bilik. Terfikir sejenak saya nak tidur di mana? Beralaskan tatami mat sahaja ker?

Apabila saya selongkar keseluruhan kabinet atau ruang simpanan di bilik rupanya ada bantal dan tilam disediakan. Saya menyangka rupa pada tepat jam 7 mlm akan ada 2 orang pekerja makcik tua yang akan ketuk pintu untuk memasang tilam. Pada mula saya tidak faham apa yang makcik tua itu bercakap kerana mereka bercakap dalam bahasa Jepun. Apabila saya pulang dari makan malam saya melihat tilam telah dibentang untuk saya dan meja telah dialihkan kebalakang.

Hotel itu turut menyediakan yukata yang mudah untuk dipakai. Peluang ini saya gunakan memakai yukata samasa makan malam. Perasaan seperti orang Jepun apabila saya menyarung yukata.  Boleh juga memakai di luar sambil bergambar di sekitar luar hotel tetapi malangnya saya tidak berbuat demikian.

Seperti biasa kemudahan di sini lengkap dan mempunyai alat elektronik untuk urut leher. Jika melihat kemudahan pada tandas, seperti yang kita tahu bilik tandas di Jepun adalah elektronik  di mana mempunyai pancutan dari bawah sama ada sejuk atau panas. Untuk bilik mandi masih berkonsepkan tradisional seperti Onsen itu yang menarik hati saya.

Apa yang menarik di sini adalah mereka mempunyai Bilik Onsen indoor dan outdoor di mana outdoor adalah di atas bangunan . Di mana ruang atas di buat Onsen amat menarik pemandangan Onsen Outdoor sangat indah berlatarkan hutan dan bukit. Mengikut perkiraan saya hotel ini mempunyai 32 bilik di mana 3 jenis bilik hotel iaitu Special Room, Japanese Style High Grade dan Japanese Style Standart. Bilik hotel yang saya duduk adalah Japanese Style Standart.

Jika anda tinggal di sini pasti anda mengambil pakej termasuk sarapan pagi dan makan malam kerana makan yang enak dan pasti sangat menyelerakan.  Yang pasti semua adalah makanan laut dan ‘muslim friendly’.

Jika anda mempunyai masa cubalah berjalan-jalan ‘morning walk’ di luar kawasan hotel sangat tenang dan merasai suasana pagi yang sunyi sambil bergambar dengan yukata.

Kemudahan Bilik

1- Ruang tamu kecil terdapat kerusi Jepun dan meja
2. Set bahan untuk bahan minum teh hijau.
3. Meja dan Kerusi diruang isterehat.
4- Aircond
5- Peti keselamatan
6- Hairdryer
7- TV flat screen
8- Wardrobe yang luas
9- Mini fridge
10- Yukata

Kemudahan Tandas.

1- Bathtub dan shower seperti konsep onsen
2- Toiletries yang lengkap jenama shiseido
3- Tuala mandi dan tuala lap muka.

Kemudahan Hotel

1- Onsen indoor dan outdoor
2- Kedai pelbagai guna
3- Bar
7- Mini Restoran untuk sarapan pagi dan makan malam
8- WIFI di setiap tingkat

 

Source : http://malaysiabackpackers.com/pengalaman-indah-di-yubara-kokusai-hotel-kikuno-yu/

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )