Pengalaman Lalu Kuatkan Lagi UMNO Sabah- Ir Abdul Aziz

Pengalaman Lalu Kuatkan Lagi UMNO Sabah- Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR,14 Feb – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata selama tiga dekad UMNO di negeri berkenaan banyak pencapaian demi pencapaian yang telah dilaksanakan khususnya dalam membela rakyat serta membangunkan negeri bersama rakan-rakan yang lain.

Ulasnya, selama itu juga pahit maung turut dialaminya, termasuklah apabila bertukarnya kerajaan pada Mei 2018.

“Yang paling perit sekali ialah apabila keluarnya beramai-ramai para pemimpin UMNO yang telah kita julang dan angkat martabat maruahnya sehingga parti pincang dan hampir punah. Namun hari ini, UMNO Sabah masih tetap berdiri bangga dan semakin mengukuh kerana ramai akar umbinya masih setia mendokong tiang seri perjuangan”

“Tentunya pengalaman-pengalaman seperti itu dapat mengajar setiap ahli UMNO tentang erti perjuangan yang tidak bernoktah dan kesetiaan ,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini. Jelas beliau, kisah UMNO Sabah yang berwarna-warni ini pasti akan terus menjadi bahan cerita untuk generasi pejuang muda akan datang.

“Saya akan terus bersama-sama UMNO walau apapun warna cabaran mendatang, yang pasti dan jelas UMNO Sebuah Perjuangan,” tegasnya.

Katanya lagi, bendera UMNO berkibar megah menanti sambutan Ulang Tahun ke-30 (1991-2021) tanda bertapaknya UMNO Sabah.

– UMNO Online

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)