Penganggur didakwa lakukan amang seksual fizikal

Penganggur didakwa lakukan amang seksual fizikal

TAIPING,. Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun.

Muhammad Nasiruddin A. Rahman, 22, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit di Jalan Lampin dekat sini, pada 5 dan 6 petang, 24 Dis 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan menetapkan 21 Feb depan untuk sebutan semula kes, bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Faakihin Ahmad Pauzi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)